Wednesday, 26 July 2017

#AzamansUmrah2017

*Post pasal Korea Trip and another one Japan Trip akan diupdate later la kalau rajin*

AZAMAN'S UMRAH: PENGALAMAN
(Musim sejuk di Madinah dan Makkah)

Details : Pergi dengan Abah, Mak & Kakak 2 orang.
            : Guna pakej Andalusia (recommended)
            : Harga pakej ikut duduk hotel mana, berapa orang satu bilik.
            : Pergi balik naik Saudi Arabia, pergi Madinah dulu baru Makkah
            : Tarikh pergi 28 January 2017 until 7 February 2017


Actually nak cerita aktiviti ke apa semua macam dah tak ingat sangat susunan waktu so cerita pengalaman and tips je la boleh ke boleh ? :p


PENGALAMAN DI MADINAH :

1. Waktu dekat Madinah, kenangan paling tak boleh lupa bila dapat masuk Raudhah. Taktahu nak describe macammana.. tapi proses nak dapat masuk tu mashaAllah ramainya umat berebut tolak tolak. Memang kena banyak bersabar time ni. Tu time pagi pukul 9 lebih kalau tak silap. Masa lastday dekat Madinah, ada try nak masuk Raudhah waktu malam, tapi rasanya waktu malam lagi ramai orang so better pagi. Malam tu yang tak dapat masuk...

2. Nampak ada sorang makcik dari Indonesia ni pengsan dekat area kedai kedai sepanjang jalan nak ke masjid tu. Tengok ramai orang berkerumun. Balik hotel dengar cerita makcik tu meninggal. Innalillah.

3. Rasa air zam zam yang sejuk tu kemain lain dari orang pernah bagi time dekat Malaysia ni seyes ni seyes !

4. Kakak2 kena kejar dengan orang minta sedekah siap tarik telekung hahahahahah k kesian..

5. Tak dapat tengok payung gergasi tu terbuka sebab time tu ada renovation ke apa entah...

6. Abah pernah jalan kaki ye KAKI dari masjid balik ke hotel sebab selipar hilang..


PENGALAMAN DI MAKKAH :

1. Time dalam bas otw ke Makkah, time tu semua orang pakai ihram. Then waktu senja semua orang tengah tidur, tetiba ada bau wangi. SANGAT WANGI. Tapi aku senyap je tapi mak la yang dok eh bau apa ni bau apa hahahahah so conclusion kiteorang taktahu bau apa :)

2. Before pergi umrah, pernah RT gambar yang Neelofa post dekat twitter pastu macam dah simpan angan angan la "nanti nak tengok pemandangan macamni juga". Bila dah jejak kaki dekat Masjidil Haram tu terus macam teringat gambar yang aku RT tu sesambil cari spot nak solat. Sekali sampai dekat spot kosong tu, pandang depan terus macam terdiam sebab SEBIJIK WEH SEBIJIK !


*yang beza kualiti gambar je sebab weh IPHONE dengan Samsung kot agak agak ler*

3. Sejak dekat Madinah selalu nampak orang Arab makan kfc tapi tak pernah nampak restaurantnyaa. Pastu dekat Makkah, masa baru lepas balik dari solat tetiba bau ayam kfc semerbak sepanjang jalan nak balik hotel tu. Sedih weh ngidam time tu dengan kakak aku siap cakap "Mana nak dapat kfc ni, mengidammm". Then esok pagi nak solat subuh, tetiba jalan utama yang selalu kiteorang guna nak masuk masjid tu dia tutup so terpaksa ikut jalan jauh. Sekali pandang belah kanan NAMPAK KEPCI WOI KEPCI ! Padahal kfc tu dekat sebelah atm yang kiteorang pernah pergi tapi tak perasan pun ada kepci.... Makanya lepas solat terus beli kepci laa !

4. Waktu tawaf.. haih bila ingat balik rasa nak tersenyum jeee. Benda ni selalu berlaku. Kan waktu tawaf depan belakang kiri kanan orang ada, tolak tolak dan macam macam ragam kita dapat tengok. Sepanjang tawaf, aku pimpin tangan abah sebab takut abah tak larat. So setiap kali depan kiteorang ramai orang himpit himpit je, aku doa sambil tutup mata supaya Allah permudahkan urusan tawaf kiteorang, bagi jalan depan ni clear so senang abah nak tawaf. Bila buka mata... faham sendiri la :)

5. Memula tak faham kenapa lepas solat wajib je ada solat sunat berjemaah. So main ikut je. Lelama baru faham tu solat jenazah. Setiap kali lepas solat wajib ada solat jenazah...

6. Sepanjang buat tawaf tu, memang tak pernah dekat dengan Kaabah sebab kalau dekat dekat memang kena rempuh la dengan manusia manusia lain. So memang selalunya jauh jauh je nampak hitam je la. Tapi waktu buat tawaf selamat tinggal tu, tak sedar tetiba dah dekat dengan kaabah siap boleh nampak tulisan dekat kaabah tu :') Sedih nok time tu..


Itu la serba sedikit pengalaman kiteorang dekat sana. Lain orang lain pengalaman. Next post pasal tips mungkin ?

Monday, 5 October 2015

#AisyTravelogue Part 2

 Japan Trip
(29 Apr 2015 till 9 May 2015)

Day 6
Food Hunting ! Pepagi pi Harajuku. Makan tomyam, crepe pastu pi tengok Hachiko Statue then pi Asakusa. Ye para wanita di luar sana yang mahu "mencuci mata", anda wajib pergi Asakusa sebab ramai abam sado yang kacak lagi seksi LEWLS. Malam tu pi makan dekat kedai Upin Ipin :D




----------------------------------------------------------------

Day 7
Sea Paradise Yokohama
Entrance Fee : 3,000 yen (ni untuk masuk Aqua Museum, Dolphin Fantasy,  Lagoon and Umi Farm SAHAJA. Kalau nak pergi main roller coaster etc, harga lain)

Disebabkan aku ni memang suka haiwan, soooo tempat ni memang best. Lagi lagi bila dapat dengar suara Dolphins perghhh pengubat luka lara betul #over



Paling suka part boleh pegang sea lion and dolphins. Orang tu kasi chance sorang sekali je pegang, aku kesah apa 3 4 kali aku pegang hahahahahah then DAPAT TENGOK SHARK WEHHHHH SIAP DIA PUNYA MUKA DEPAN MUKA KITA CUMA CINTA TERPISAH DEK KERANA ADANYA KACA AQUARIUM pastu boleh action cakap "hahahah tak boleh nak makan kita" *flip tudung*

Malam tu pergi makan Okonomiyaki dekat kedai area rumah kakak. Okonomiyaki ni macam ala ala Takoyaki juga cuma korang kena masak sendiri atas pan. Dia bagi ingredients dia dalam bowl then korang kena gaul  then tuang dekat pan then cincang cincang sampai hancur then tunggu dia masak dan terbalikkan dan tunggu dia masak. The End.

----------------------------------------------------------------

Day 8 
REHAT MELEPET DEKAT RUMAH

----------------------------------------------------------------

Day 9
Tokyo DisneySea
Entrance Fee : 6,900 yen

DisneySea ni ada dekat Jepun je ok so wajib pergi. Bersebelahan dengan DisneyLand sahajooo. Disebabkan DisneySea ni orang tak ramai pergi, so boleh dikatakan semua game dalam ni aku dapat main, dari yang paling menakutkan sampai la game budak budak naik obor obor tu semua aku naik.

(Tower Of Terror  : duduk dalam lift dan lift terhempas hempas. Lepas naik lift ni terus trauma nak naik lift dan terus memasang angan angan nak naik tangga je. Tapi ANGAN ANGAN TINGGAL ANGAN ANGAN)


----------------------------------------------------------------

Day 10
REHAT MELEPET DEKAT RUMAH

----------------------------------------------------------------

Day 11
Bye bye Japan --> Korea 

----------------------------------------------------------------

  • Tamat la cerita pasal percutian di Japan. Next post pasal dekat Korea pula ;)

Friday, 28 August 2015

#AisyTravelogue Part 1

 Japan Trip
(29 Apr 2015 till 9 May 2015)

Day 1
From KLIA2 --> Haneda Airport (7 hours) --> Makan dekat airport sat --> balik rumah Ayien (kakak yang belajar dekat sini) --> kemas barang untuk pi Osaka.

----------------------------------------------------------------

Day 2
JR Bullet Train --> Osaka --> check in Hotel Hokke Club Kyoto (betul betul sebelah Kyoto Tower) --> Makan --> Nara Park --> Nara Pavillion. Time dekat Nara Park tu dah petang pastu sadis sikit mula mula sebab rusa tak banyakkkk tapi tahu dah hikmah dia kenapa sebab aku takut rusa K pastu kecewa so merayau masuk hutan time memalam sekali ternampak Nara Pavillion. LAWA GILA OK !

(Percubaan untuk ambik gambar dengan rusa kali ke 2432 sebab TAKUT)

----------------------------------------------------------------

Day 3
USJ (Universal Studios Japan)
Entrance Fee : 6,670-7,000 yen+ per person (anggaran)


4 types of roller coaster yang aku naik and still ingat lagi situasi ketika itu. Ekceli naik 5. Tapi yang lagi satu tu tak best, area tempat Harry Potter juga.  
*Link tu video rides kalau hangpa nak tau pengalaman and situasi dia macammana cuma hangpa tak dapat rasa la dia punya kena lambung, bergegar, bergerak, terjunam, terbang, jantung tertinggal, kena sembur air api semua hihihihi *


Lepak dekat USJ sampai malam sebab nak tengok Night Parade ;) Otw balik tu dapat rasa original Takoyakiiii sedap gilaaa nikmattt. Balik terus pengsan pening sakit kaki semua ada -.-

----------------------------------------------------------------
Day 4
Jenjalan pi tengok temple. Dua ke tiga temple je pergi sebab penat ok kena menapak naik turun bukit and naik bas --' Yang aku ingat 2 temple ni je Kiyomizu-dera Temple and Fushimi Inari Shrine. Lepaastu jenjalan area Kyoto acah acah macam kampung sendiri *flip cardigan* OH ! And pergi Ebisu Bridge tempat tarikan pelancong area Osaka ni heheheh




----------------------------------------------------------------

Day 5
Balik Tokyo --> Makan. Tu je ingat kahkahkah

----------------------------------------------------------------
  • Day 6 till Day 11 sambung next post. 
  • Gambar dekat insta banyak pun ado.