Monday, 5 October 2015

#AisyTravelogue Part 2

 Japan Trip
(29 Apr 2015 till 9 May 2015)

Day 6
Food Hunting ! Pepagi pi Harajuku. Makan tomyam, crepe pastu pi tengok Hachiko Statue then pi Asakusa. Ye para wanita di luar sana yang mahu "mencuci mata", anda wajib pergi Asakusa sebab ramai abam sado yang kacak lagi seksi LEWLS. Malam tu pi makan dekat kedai Upin Ipin :D




----------------------------------------------------------------

Day 7
Sea Paradise Yokohama
Entrance Fee : 3,000 yen (ni untuk masuk Aqua Museum, Dolphin Fantasy,  Lagoon and Umi Farm SAHAJA. Kalau nak pergi main roller coaster etc, harga lain)

Disebabkan aku ni memang suka haiwan, soooo tempat ni memang best. Lagi lagi bila dapat dengar suara Dolphins perghhh pengubat luka lara betul #over



Paling suka part boleh pegang sea lion and dolphins. Orang tu kasi chance sorang sekali je pegang, aku kesah apa 3 4 kali aku pegang hahahahahah then DAPAT TENGOK SHARK WEHHHHH SIAP DIA PUNYA MUKA DEPAN MUKA KITA CUMA CINTA TERPISAH DEK KERANA ADANYA KACA AQUARIUM pastu boleh action cakap "hahahah tak boleh nak makan kita" *flip tudung*

Malam tu pergi makan Okonomiyaki dekat kedai area rumah kakak. Okonomiyaki ni macam ala ala Takoyaki juga cuma korang kena masak sendiri atas pan. Dia bagi ingredients dia dalam bowl then korang kena gaul  then tuang dekat pan then cincang cincang sampai hancur then tunggu dia masak dan terbalikkan dan tunggu dia masak. The End.

----------------------------------------------------------------

Day 8 
REHAT MELEPET DEKAT RUMAH

----------------------------------------------------------------

Day 9
Tokyo DisneySea
Entrance Fee : 6,900 yen

DisneySea ni ada dekat Jepun je ok so wajib pergi. Bersebelahan dengan DisneyLand sahajooo. Disebabkan DisneySea ni orang tak ramai pergi, so boleh dikatakan semua game dalam ni aku dapat main, dari yang paling menakutkan sampai la game budak budak naik obor obor tu semua aku naik.

(Tower Of Terror  : duduk dalam lift dan lift terhempas hempas. Lepas naik lift ni terus trauma nak naik lift dan terus memasang angan angan nak naik tangga je. Tapi ANGAN ANGAN TINGGAL ANGAN ANGAN)


----------------------------------------------------------------

Day 10
REHAT MELEPET DEKAT RUMAH

----------------------------------------------------------------

Day 11
Bye bye Japan --> Korea 

----------------------------------------------------------------

  • Tamat la cerita pasal percutian di Japan. Next post pasal dekat Korea pula ;)

No comments:

Post a Comment